nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KPM tiada niat ugut guru enggan vaksin

2 OKT: Tindakan Kementerian Pendidikan (KPM) mahu menukar guru yang enggan divaksin bukan bertujuan untuk mengugut mereka, sebaliknya bagi memastikan keselamatan murid dan sesi persekolahan berjalan lancar.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, isu mengugut tidak timbul langsung, tindakan itu diambil semata-mata demi memastikan kelancaran operasi sesi persekolahan yang akan bermula secara berperingkat mulai esok dan Isnin ini.

“Kami perlu pastikan sesi persekolahan berjalan dengan baik. Kami nak pastikan berlaku adil kepada semua pihak, termasuk guru yang divaksin dan murid di sekolah, jadi tindakan kena diambil.

“Jadi kena lihat pendekatan terbaik. Ia bukan soal ugutan, tetapi soal pengurusan operasi dan soal memastikan sesi persekolahan berjalan dengan baik,” katanya dalam satu temu bual bersama BH baru-baru ini.

RADZI

Sebelum ini media melaporkan, Radzi  memaklumkan guru yang menolak vaksin COVID-19 mungkin ditukar jika tindakan mereka menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid terjejas.

Mengulas lanjut, Radzi menegaskan, KPM sendiri tersepit memandangkan rekod terkini menunjukkan lebih 2,000 guru tidak mahu divaksin dan tidak menolak kemungkinan angka itu lebih besar.

“Kita lihat keadaan di mana ada sesetengah sekolah sekumpulan guru yang mengajar subjek sama tak nak divaksin. Jadi, kita terikat sebab siapa yang nak mengajar secara bersemuka (kalau semua guru tak nak divaksin).

“Ibu bapa mahukan anak mereka selamat di sekolah, sebab itu kita buat ketetapan meminta semua guru divaksin. Maka, kita perlu ambil tindakan dalam kes tadi, nak tak nak kita kena tukar,” katanya.

Mengenai andaian kononnya tindakan itu seolah-olah memindahkan satu masalah dari satu sekolah ke sekolah lain, beliau berkata, KPM akan memastikan guru tidak divaksin itu dipindahkan ke tempat yang tidak membabitkan interaksi dengan pihak lain, termasuklah mungkin ke negeri berbeza.

“Kita tak mahu buat (pindahkan guru), tetapi terpaksa lakukannya sebab kita ada kekangan dengan 2,000 guru. Sekarang Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga sedang teliti bentuk tindakan. Namun untuk kami, kita perlu ambil tindakan tertentu.

“Ada keadaan seorang sahaja guru mengajar subjek itu di sekolah, tetapi dia tak divaksin. Nak tak nak kena ambil tindakan, keluarkan dan masukkan (ganti) guru lain.

“Keadaan ini menyukarkan kementerian kerana disebabkan 2,000 yang tak nak vaksin, impaknya besar kepada ekosistem pendidikan secara keseluruhan,” katanya.

Kelmarin, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui satu kenyataan mewajibkan penjawat awam yang tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [PU(A) 395/1993], mengambil vaksin dan perlu melengkapkan imunisasi itu sebelum 1 November ini.

Kegagalan penjawat awam berbuat demikian tanpa mendapatkan pengecualian daripada pegawai perubatan kerajaan, boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan tatatertib selaras peraturan sedia ada.

Dalam pada itu, Radzi berkata, KPM sendiri berdepan kekangan dalam pemindahan guru tidak divaksin kerana lokasi yang tiada interaksi dengan murid sangat terhad dan ia juga akan membabitkan guru lain yang terpaksa dipindahkan sebagai ganti.

“Ia tekanan cukup kompleks untuk kita laksanakan, sebab itu kami mohon jasa baik guru, pergi vaksin.

“Ia akan memudahkan kami di kementerian dan juga membantu melindungi anak-anak kita di sekolah. Itu antara pendekatan kita, tak timbul langsung isu mengugut,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.