3 OKT : Sebanyak 109 kematian dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang akibat jangkitan COVID-19 dilaporkan sehingga jam 11.59 malam tadi.
Berdasarkan data yang dikongsi menerusi laman sesawang COVIDNOW jumlah itu menjadikan kes kumulatif angka korban akibat wabak tersebut kini mencecah 26,565 kes.
Daripada jumlah terkini yang direkodkan setakat 2 Oktober itu, 33 daripadanya adalah kematian di luar hospital (BID).
“Pulau Pinang merupakan negeri tertinggi menrekodkan angka kematian harian iaitu 18, diikuti dengan Lembah Klang 17 kes, Johor 11, Sabah 13 dan Perak 10.
“Sarawak dan Terenggau pula masing-masing merekodkan sembilan kes, Kedah (8), Kelantan (5), Pahang (4). Melaka dan Negeri Sembilan masing-masing mencatatkan satu kes kematian.
“Manakala Wilayah Persekutuan Laguan dan Putrajaya masing-masing tiada kes kematian.
Dalam pada itu laman sesawang tersebut turut melaporkan pengurangan sebanyak 4,590 kes aktif menjadikan jumlah terkini sebanyak 155,823.