3 OKT : New Zealand hari ini mengumumkan sekatan ketat dilaksanakan di sempadan negara itu ekoran berlaku kes jangkitan baharu COVID-19 di beberapa kawasan, demikian menurut Christ Hipskin.
Hipskin merupakan Menteri yang bertanggungjawab menguruskan hal COVID-19 di negara itu berkata, negara itu turut memperkenalkan syarat baru untuk pengembara menerusi penerbangan berumur 17 dan ke atas, yang bukan warga New Zealand.
“Setiap pengembara yang mahu memasuki New Zealand perlu menerima vaksinasi lengkap untuk memasuki New Zealand.
“Selain itu, syarikat penerbangan negara itu turut mengumumkan pihaknya memperkenalkan dasar ‘no jab, no fly’ (tidak disuntik, tidak boleh terbang) bagi semua penumpang penerbangan antarabangsa bermula 1 Februari,” jelasnya.
Rentetan kelonggaran sekatan sempadan, ia mengakibatkan bandar Hamilton dan jirannya, bandar Raglan diletakkan dalam pelaksanaan perintah berkurung selama lima hari, selepas dua orang dikesan positif COVID-19.
Kini, hanya pergerakan perlu sahaja yabg dibenarkan. Kes berkenaan tidak dipercayai mempunyai kaitan dengan penularan di Auckland sebelum ini, yang terletak sejauh 160 kilometer (km) dari kawasan itu.
Negara itu berjaya membendung penularan pandemik itu apabila melaporkan hanya merekodkan 27 kematian dalam populasinya yang mempunyai seramai lima juta orang.
Ia berikutan kawalan sempadan ketat dan perintah berkurung, sekali gus kerajaan membenarkan kebanyakan kelonggaran untuk meneruskan kehidupan prapandemik.
Bandar seramai dua juta penduduk itu menjalani perintah berkurung hampir tujuh minggu berikutan pegawai terbabit bergelut dengan penularan wabak yang dicetuskan varian Delta, yang jauh lebih menular sehingga menjangkiti seramai 1,320 orang setakat ini.
New Zealand masih menjalankan strategi penghapusan ‘sifar COVID’ apabila ia ‘membebaskan’ negara itu daripada penularan wabak dalam komuniti selama enam bulan, sebelum wabak terbaru meletus di Auckland.