4 OKT: Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 29 Oktober ini akan tangani segera semua isu fiskal.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata belanjawan tahunan itu menempa sejarah apabila buat pertama kali tampil dengan Kenyataan Pra Belanjawan yang memberi penekanan kepada cadangan dalam bajet berkenaan.
Ia akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akhir bulan ini.
“Kerajaan akan terus berpegang pada prinsip ‘pastikan semua tidak ketinggalan’ untuk Malaysia menjadi negara maju sepenuhnya dan dapat memanfaatkan rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan aluan pada Forum Khazanah Megatrends 2021 “The Invention of Tomorrow:Crafting Our New Collective Narrative” secara maya hari ini.