nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bung Moktar Dakwa Labuan Bukan Lagi Pulau Bebas Cukai

4 OKT:  Ahli Parlimen BN-Kinabatangan mendakwa bahawa Pulau Labuan kini bukan lagi sebuah wilayah bebas cukai seperti dahulu.

Menurut Datuk Seri Bung Moktar Radin, ini kerana hanya  barangan seperti coklat dan gula-gula sahaja yang masih lagi bebas cukai, namun barangan  lain tidak lagi bebas cukai.

Justeru katanya, kerajaan perlu mengembalikan status Labuan sebagai pulau bebas cukai.

“Labuan satu ketika dahulu adalah bandar bebas cukai  namun mutakhir ini Labuan seperti sebuah bandar diserang garuda. Yang bebas cukai cuma coklat, yang lain-lain tiada lagi bebas cukai. Harga di tanah besar itulah dijual di Labuan. 

“Jadi, tolonglah bangunkan Labuan, kembalikan status bebas cukai, menteri datang Labuan buat kajian, kalau tak laksanakan apa-apa, maka kembalikan Labuan ke negeri Sabah, biar kami bangunkan,” katanya ketika berucap menyokong perbahasan Rancangan Malaysia ke-12 di Dewan Rakyat hari ini.

Datuk Seri Bung Moktar Radin

Mengulas lanjut, Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, berkata Labuan kini bukan lagi destinasi pilihan rakyat Malaysia.

“Kalau Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Wilayah tidak boleh melihat Labuan sebagai satu wilayah yang perlu dibangun, yang mana ekonomi Labuan pada ketika ini bukan lagi satu tarikan kepada mana-mana pihak. 

“Dulu orang Sabah ramai yang datang sebab ada barang yang dia perlu beli dengan harga murah, tetapi selepas ini harga murah cuma coklat dan gula-gula, yang lain semua mahal sebab tidak ada lagi status bebas cukai,” katanya.

Malah, Bung Moktar berkata ramai peniaga di Labuan juga hairan kerana  pengunjung masih perlu membayar cukai.

“Peniaga pun hairan, kalau bebas cukai maka bebas cukai, kenapa bebas cukai tetapi dikenakan cukai tinggi, bebas cukai ini bermakna satu tarikan kepada orang luar untuk datang boleh membantu pertingkatkan ekonomi di kawasan Sabah,” tegasnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.