4 OKT: Kes jangkitan COVID-19 negara terus mencatatkan penurunan kepada 8,075 kes baharu hari ini dengan hanya Sarawak dan Kelantan mencatat jumlah kes empat digit.
Pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kepada 2,285,640 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Sarawak berada di kedudukan teratas dengan 1,189 kes diikuti Kelantan (1,020).
Pulau Pinang pula merekodkan 853 kes baharu, Johor (781), Selangor (686), Sabah (677), Terengganu (636), Kedah (628), Perak (548), dan Pahang (522).
Turut mencatatkan pertambahan kes ialah Melaka dengan 219 kes, Kuala Lumpur (151), Negeri Sembilan (108), Perlis (36), Putrajaya (19) dan Labuan (2).