nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pembangunan Ekonomi Seimbang Perlu Dilaksanakan – MTEM

4 OKT: Satu tindakan strategi pembangunan ekonomi Bumiputera perlu dilaksanakan agar ekonomi Malaysia tidak diidentifikasi dan didominasi berasaskan etnik.

Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Abdul Halim Husin berkata, pihaknya berharap agar penglibatan ekonomi Bumiputera dari segi perdagangan dan industri diperkasakan kerana ketika ini ia terlalu kecil sebagaimana digambarkan kedudukan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Bumiputera dalam dokumen Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB).

“Jelas kebergantungan masyarakat Bumiputera pada pendapatan dari gaji terlalu tinggi memberi gambaran seolah Bumiputera tidak mempunyai ekonomi yang substantif hanya sebagai pekerja dan pengguna, bukan pengeluar dan bukan majikan.

“Antara elemen penting meningkatkan penglibatan ekonomi Bumiputera adalah strategi BCIC melalui pencapaian lebihan kendalian kasar (GOS) atau pulangan dari modal dan pelaburan.

ABDUL HALIM

“WKB menyatakan nilai aktiviti perdagangan dan perindustrian Bumiputera hanya RM81 bilion pada tahun 2014, berbanding dengan RM354 billion untuk Bukan Bumiputera atau lebih empat kali ganda,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Dalam pada itu, Abdul Halim memberitahu kerajaan perlu kaji semula dasar pelaburan

asing (FDI) yang mana mampu memberi kelebihan pada negara dan yang mana merugikan.

Menurut beliau, sememangnya kerajaan perlu menjana pekerjaan sebanyak 350,000 setahun untuk menampung pertumbuhan penduduk namun keperluan itu tidak boleh diselesaikan dengan jalan pintas hanya dengan menerima apa saja FDI yang datang bergolek. 

“Sebagai contoh “labour-intensive, polluting, low-value, low-tech dan low-wage”; yang cuma mahukan “tax holiday”, “cheap energy, cheap labour” yang menampakkan undang-undang buruh dan alam sekitar yang longgar dan lemah.

“Golongan ini lumrahnya golongan FDI yang memberi pulangan nilai tambah dalam negeri yang rendah dan memberi kesan negatif terhadap alam sekitar yang akan menjadikan negara kita bergantung selama-lamanya pada tenaga pekerja asing,” katanya. 

Dalam pada itu, Abdul Halim memberitahu bagi tujuan membina negara dan membiayai kebajikan rakyat sememangnya kerajaan memerlukan peningkatan hasil kerajaan di mana, Malaysia adalah negara paling terendah di dunia dari segi nisbah cukai pada KDNK. 

Justeru, beliau memberitahu cukai ke atas golongan berpendapatan tinggi perlu dipertingkatkan dan instrumen cukai perlu dipelbagaikan lagi dengan cukai baharu saperti cukai kekayaan, cukai keuntungan modal, dan cukai dividen.

“Sasaran gaji purata tidak memberi gambaran yang tepat. Sasaran sepatutnya adalah “gaji penengah” bukan “gaji purata”. Kerana nilai gaji purata adalah “terherot” oleh gaji golongan eksekutif atasan yang jauh lebih tinggi yang tidak menggambarkan keadaan sebenar.

“Walaupun kedua-dua metrik ada peranannya, penekanan pada sasaran gaji penengah memberi lebih impak pada golongan B40. Namun kerajaan wajar adakan juga sasaran purata gaji penerima pendapatan kumpulan B40 serta M40 kerana fenomena gaji rendah dan tidak setimpal berlaku pada kedua-dua kumpulan B40 dan M40.

“Gaji penengah Malaysia adalah RM2,109 pada tahun 2020, ini bermakna 50 peratus dari jumlah pekerja, 15 juta memperoleh gaji bawah RM2,109. Mampukah mereka hidup secara wajar dan bermaruah,” katanya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.