nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

SPR bertemu bakal pengundi di sekolah, IPT

4 OKT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi Akademi Pilihan Raya akan mengadakan program turun padang ke sekolah dan institusi pengajian tinggi bagi meningkatkan kesedaran kepada bakal pengundi menjelang pelaksanaan Undi 18.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, program itu adalah bagi memastikan bakal pengundi memahami tanggungjawab mereka dalam mengambil bahagian dalam pilihan raya.

Wan Junaidi berkata sesi libat urus dengan pihak sekolah yang dirancangkan dahulu mengalami sedikit masalah memandangkan pelaksanaan Undi 18 pada bulan Disember nanti adalah sangat singkat.

“Bagaimanapun, SPR serta Akademi Pilihan Raya akan membuat program di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi awam serta swasta untuk beri penjelasan mengenai tanggungjawab warganegara untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya.

“SPR juga akan melaksanakan pendidikan pengundi bagi menambahkan keyakinan rakyat mengenai kelulusan perjalanan pilihan raya bagi meningkatkan keyakinan awam terhadap sistem pilihan raya,” katanya ketika sesi jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

WAN JUNAIDI

Beliau menjawab soalan tambahan dikemukakan oleh Senator PAS, Khairil Nizam Khirudin berhubung perancangan kerajaan dalam meningkatkan kesedaran dan pengetahuan kepada bakal pengundi muda mengenai soal pendidikan politik dan keperluan untuk mengundi.

Terdahulu, Wan Junaidi berkata SPR juga sedang dalam persiapan untuk melaksanakan pindaan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan iaitu berhubung umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik seperti diluluskan oleh Parlimen, sebelum ini.

Beliau berkata persiapan yang sedang dilaksanakan oleh SPR bagi pelaksanaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik adalah merangkumi pindaan kepada Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan undang-undang lain yang berkaitan.

Beliau berkata SPR juga sedang menyediakan prosedur operasi standard (SOP) dan penyediaan sistem serta infrastruktur bagi membolehkan Undi 18 dan pendaftaran secara automatik dapat dilaksanakan secepat mungkin.

Katanya, SPR juga telah mengenal pasti beberapa tindakan yang perlu dilaksanakan sebelum pelaksanaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik seperti membuat semakan di lapangan yang melibatkan bakal pengundi berumur 90 tahun dan ke atas.

“SPR juga sedang melakukan semakan di lapangan ke atas alamat untuk memastikan penentuan bahagian pilihan raya yang tepat.

“SPR juga sedang melakukan sesi libat urus dengan semua pihak-pihak yang berkepentingan; program pendidikan pengundi kepada bakal pemilih; dan menyemak keperluan logistik bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 yang akan datang,” katanya.

Wan Junaidi berkata SPR menjangkakan semua persiapan yang sedang diambil tindakan termasuklah menangani isu-isu yang berkaitan ini akan dapat diselesaikan dan seterusnya melaksanakan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik selewat-lewatnya pada September 2022.

“Bagaimanapun, berikutan keputusan semakan kehakiman isu Undi 18 di Mahkamah Tinggi Kuching telah memerintahkan supaya umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik dilaksanakan selewat-lewatnya pada 31 Disember 2021.

“Justeru, walaupun dengan kekangan dan kekurangan, SPR komited untuk memastikan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik dilaksanakan berdasarkan kepada keputusan mahkamah,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.