5 OKT: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 8,817 kes baharu COVID-19 dengan tiga negeri mencatatkan kes empat angka iaitu Sarawak, Selangor dan Kelantan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan pertambahan itu, ia menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 2,294,457 kes setakat ini.
“Sarawak terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 1,361 kes diikuti Selangor (1,348) dan Kelantan (1,063).
“Negeri yang mencatat tiga angka ialah Johor (886), Sabah (805), Pahang (696), Pulau Pinang (595), Kedah (576), Perak (473), Terengganu (356), Melaka (246), Kuala Lumpur (217) dan Negeri Sembilan (122).
“Manakala Perlis (47), Putrajaya (23) dan Labuan (3),” katanya.