nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

AUKUS: Negara ASEAN Berhak Nyata Pendirian

5 OKT: Kerjasama pertahanan antara Malaysia dengan negara serantau khususnya ASEAN bagi mengimbangi pengaruh kuasa besar menjadi strategi penting dalam menghadapi penubuhan perikatan ketenteraan antara Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat (AUKUS).

Namun, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, walaupun peranan bersama ASEAN penting dalam berhadapan situasi berkenaan, ia tidak bermakna Malaysia tidak boleh terus mendampingi pakatan AUKUS atau negara kuasa besar lain.

“Kebetulan semalam saya dapat berhubung dengan Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto dan beliau menyatakan betapa penting kita 10 negara (ASEAN) dapat berinteraksi secara dekat khususnya dalam perkembangan terkini iaitu AUKUS. Tapi ini tidak bermakna kita tidak boleh terus mendampingi kuasa yang terbabit.

“Kebetulan utusan khas dari Australia akan berjumpa saya hari ini dan apa yang kita lakukan melalui diplomasi ini, bukan untuk menyatakan kita ini hebat sangat, tetapi sekurang-kurangnya kita ada pendirian sebagai sebuah negara berdaulat,” katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) peringkat kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen PH Kota Raja, Mohamad Sabu ketika mencelah ucapan Hishammuddin membangkitkan kebimbangannya mengenai usaha Malaysia menemui China bagi mendapatkan pandangan berkenaan AUKUS, walaupun Hishammuddin sebelum ini menegaskan pertemuan dicadang itu, bukan bermakna Malaysia akan menerima arahan China.

Malaysia sebelum ini turut menyatakan dengan tegas kebimbangan kewujudan pakatan strategik ketenteraan baharu antara Australia, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AUKUS) yang dikhuatiri menjejaskan keharmonian dan keamanan rantau ASEAN dan Asia Pasifik.

Dalam pada itu, Hishammuddin memaklumkan, sama juga bagi negara ASEAN lain, mereka mempunyai hak untuk mengemukakan pendiriannya kepada mana-mana pihak termasuk kuasa besar, terutama apabila menyentuh mengenai kedudukan dan kedaulatan negaranya.

“Apabila berdepan dengan isu geopolitik membabitkan rantau kita, sama ada untuk mengimbangi kuasa besar atau kedudukan kita di Laut China Selatan, itu satu cadangan yang tepat (mengenai jaminan kedaulatan) dan jawapan saya, ia satu daripada tujuh atau lapan teras diberi penekanan kementerian ini.

“Selain mempergiat diplomasi pertahanan melalui kerjasama dua hala dan pelbagai hala, teras lain digariskan Kementerian Pertahanan di bawah RMKe-12 termasuk memperketat kawalan sempadan darat, maritim dan udara. Ia termasuk menambah baik dasar operasi penguatkuasaan, kawalan sempadan dan pengurusan pendatang asing tanpa izin (PATI) serta memperkenal Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara,” katanya.

Dalam pada itu, ketika mengulas mengenai kelewatan perolehan aset pertahanan negara, Hishammuddin mengakui kelewatan yang berlaku itu dan memberi jaminan isu berkenaan akan diatasi sebaik mungkin.

“(Perolehan) Aset pertahanan ia mengambil masa. Sekiranya ada kelewatan, ada prosedurnya untuk kita memastikan biarpun dalam masa kelewatan yang ada, ia tidak akan menjejaskan perancangan kita seterusnya. 

“Saya tidak nafikan ada aset lewat dibekalkan, tapi ini tidak bermakna kita tidak boleh tuntut ganti rugi. Kita akan pastikan aset ini dapat disampaikan kepada pihak pengguna dan apa juga masalah dihadapi, diatasi sebaik mungkin,” katanya.

Pada masa sama Hishammuddin turut berkata, kementerian juga perlu mengurus dan menyelesaikan ‘projek sakit’ dan pada masa sama memastikan projek yang perlu diluluskan, diputuskan dengan sebaik mungkin.

“RMKe-12 untuk perancangan lima tahun ke depan dan Bajet 2022 adalah perancangan untuk satu tahun. Maka, kalau fokus kepada perkara yang kita boleh selesaikan, kita selesaikan secara telus.

“Banyak cara untuk kita dapatkan ketelusan dan keadilan daripada masalah kelewatan aset tadi dan saya tidak teragak-agak untuk memastikan ia dapat direalisasikan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.