5 OKT: Seorang pemaju hartanah terkenal di Pulau Pinang ditemukan maut dipercayai akibat terjatuh di sebuah kondominium di Jalan Kelawai, Georgetown, hari ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Sofian Santong yang mengesahkan kejadian berkata, mangsa yang dipercayai berusia 53 tahun mati di tempat kejadian.
“Buat masa ini saya hanya boleh sahkan memang ada kes individu mati jatuh bangunan di Jalan Kelawai dan mangsa mati ditempat kejadian. Kes masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Difahamkan, mangsa juga merupakan salah seorang saksi utama kes rasuah berhubung projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang yang dikaitkan dengan Setiausaha DAP, Lim Guan Eng.