6 OKT : Lima individu berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai akauntan pelatih di United Kingdom selama tiga tahun menerusi Program Perintis Pertiwi yang melibatkan Yayasan Peneraju.
Kelima-lima individu tersebut adalah Muhammad Faris Fakhrullah Mohd, Muhammad Hazeem Aiman Ismadi, A’liah Azizi, Muhammad Amirul Syahmie Shuhaimie dan Muhammmad Azib Bahrin.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Latiff Ahmad berkata, program ini adalah kolaborasi beberapa rakan di dalam dan luar negara seperti Flemmings Chartered Accountants dan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas)
“Hari ini saya bersama-sama penerima manfaat Yayasan Peneraju yang berjaya mendapat penempatan pekerjaan lima individu sebagai akauntan pelatih di Flemming Chartered Accountants.
“Saya ucapkan selamat menempuh alam pekerjaan dan selamat maju jaya kepada kelima-lima individu yang berjaya.
“Semoga peluang bekerja di luar negara memberi pengalaman yang terbaik dan dapat meningkatkan potensi diri ke tahap yang tinggi,” ujarnya menerusi satu kenyataan rasmi di Facebooknya malam ini.