6 OKT: Orang ramai, syarikat, persatuan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dipelawa hadir ke Hari Bertemu Pelanggan kelolaan Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) di Lobi Menara Usahawan, Persiaran Perdana , Persint 2, Putrajaya bermula Selasa ini.
Menterinya, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata, mereka yang hadir boleh boleh membuat aduan, menyampaikan maklumat atau permohonan berkaitan perkhidmatan agensi di bawah kelolaan Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) dari jam 3 petang hingga 6 petang.
“Bagi setiap sesi Hari Bertemu Pelanggan, 10 pendaftaran terawal akan terpilih untuk hadir bertemu dengan saya.
“Tempoh perbincangan ditetapkan selama 10 hingga 15 minit dan satu sesi atau kumpulan hanya terhadkan kepada tiga orang sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Antara agensi yang terletak di bawah kementeria tersebut ialah Agensi Pengurusan Bencana Negara, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Abd Latiff berkata, orang ramai yang dihadir diminta membuat ujian RTK sebelum perjumpaan dan test kit juga disediakan di Menara Usahawan.
Sebelum hadir, katanya, individu berkenaan perlu mendaftar di pautan https://forms.gle/fKQxhPzqDF5oPaw57.