6 OKT: Kes baharu jangkitan COVID-19 meningkat lagi ke 9,380 berbanding 8,817 semalam.
Kementerian Kesihatan (KKM) menyatakan, ia menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 2,303,837 kes setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, empat negeri mencatatkan kes empat angka iaitu Sarawak 1,503 kes, Kelantan (1,170), Selangor (1,116), dan Johor (1,105).
“Sabah pula mencatatkan 790 kes, Terengganu (704), Perak (629), Pulau Pinang (623), Kedah (556), Pahang (511), Kuala Lumpur (214), Melaka (200), Negeri Sembilan (191), Perlis (42), Putrajaya (18) dan Labuan (8).