6 OKT : Penempatan Orang Asli di Program Bersepadu Daerah Terpencil (PROSDET) Pantos, Mukim Ulu Jelai, Lipis di Pahang, dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 8 hingga 22 Oktober ini.
Menurut Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, PKPD bakal dilaksanakan di kawasan selepas pihaknya meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM).
“Selepas meneliti penilaian risiko KKM dan trend jangkitan COVID-19, PKPD dilaksanakan di lokaliti terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada masa sama, Rodzi berkata, PKPD di Kampung Rompon, Tambunan di Sabah ditamatkan esok seperti dijadualkan sebelum ini.