6 OKT: UMNO telah mengeluarkan surat gugur keahlian kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron dan ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan berkuat kuasa serta-merta.
Salinan surat yang dilihat PNBBC Portal itu bertarikh 5 Oktober itu ditujukan kepada Idris manakala surat bertarikh 4 Oktober buat Nor Azman.
Surat yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan keahlian kedua-dua mereka dalam parti UMNO gugur dengan sendirinya berkuat kuasa serta-merta di bawah Fasal 20.11 dibacakan bersama Fasal 20.9 Perlembangaan UMNO.
“Ini kerana tindakan YBhg Datuk pada 4 Oktober 2021 membuktikan YBhg Datuk tidak lagi menyokong kepimpinan dan kerajaan negeri Melaka yang ditunjangi oleh parti UMNO sebelum ini,” katanya.
Terdahulu, Idris dan Nor Azaman bersama ADUN Bebas Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee dan ADUN BERSATU Telok Mas, Datuk Noor mendakwa mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan kerajaan negeri.
Susulan itu, Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam telah bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Keempat Belas berkuat kuasa kelmarin.
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka akan membincangkan tarikh sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, dalam masa terdekat.