7 OKT: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 9,890 kes baharu COVID-19, hanya Sarawak, Selangor dan Kelantan mencatatkan kes empat angka.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 2,313,727 kes setakat ini.
Menurutnya, Sarawak terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 1,413 kes diikuti Selangor (1,402) dan Kelantan (1,032).
“Johor pula sebanyak 993 kes, Sabah (820), Perak (794), Pulau Pinang (721), Terengganu (699), Pahang (564), Kedah (503), Melaka (260), Kuala Lumpur (250), Perlis (200), Negeri Sembilan (180) dan Putrajaya (59).