7 OKT: PAS telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi merangka strategi menghadapi pilahan raya tersebut.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata bagaimanapun, PAS kesal dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka yang berlaku ketika negara masih berdepan pandemic COVID-19.
“Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dengan dibantu oleh Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat dan Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Kenyataan itu dibuat selepas pemimpin PAS bermesyuarat secara maya bagi membincangkan situasi semasa politik di Melaka.
Sebelum ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan dan membuka laluan kepada PRN.
Ini selepas empat Adun menarik balik sokongan mereka terhadap ketua menteri Sulaiman Md Ali, yang seterusnya kehilangan majoriti.
Mereka ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), ADUN BN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan, ADUN Bebas Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee dan ADUN BERSATU Telok Mas, Datuk Noor.
Bagaimanapun, Speaker DUN Melaka Ab Rauf Yusoh semalam mengumumkan bahawa cadangan agar diadakan PRN diterima Yang di-Pertua Negeri Mohd Ali Rustam.