PKPD dua lokaliti di Sabah, Pahang tamat esok
7 OKT : Tiada lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) hari ini, manakala PKPD di dua lokaliti di Sabah dan Pahang diisytiharkan tamat esok.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, berkata ia membabitkan Kampung Pangkalan Abai, Kota Belud di Sabah dan Kampung Telimau, Pos Terisu, Mukim Ulu Telom, Camron Highlands, Pahang.
“Selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai situasi semasa, PKPD akan ditamatkan di lokaliti terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Penamatan PKPD itu yang bermula pada 25 September lalu, adalah seperti yang dijadualkan sebelum ini.