8 OKT: Hakim Mahkamah Majistret Baitulmaqdis, Bilhha Yahalo, mencetuskan kemarahan rakyat Palestin dan dunia Islam apabila membenarkan orang Yahudi sembahyang secara ‘senyap’ di pekarangan Masjid al-Aqsa
Keputusan hakim Israel itu disifatkan Majlis Wakaf Islam (Wakaf) yang mentadbir masjid Al Aqsa sebagai satu provokasi.
Manakala, Perdana Menteri Palestin, Mohammed Shtayyeh memberi amaran kepada Israel supaya tidak melakukan sebarang tindakan untuk menguatkuasakan keputusan tersebut.
Keputusan mahkamah itu dibuat susulan petisyen difailkan seorang pendeta Israel, Aryeh Lippo, yang dilarang berada di kawasan terbabit selama dua minggu, 29 September lalu, selepas sembahyang di situ.
Masjid al-Aqsa yang menjadi titik tumpuan dalam konflik Israel-Palestin, terletak di Baitulmaqdis Timur yang dijajah Israel, namun ditadbir oleh
Sebelum ini, walaupun keberatan, Wakaf membenarkan orang Yahudi mempunyai akses terhad di kawasan Masjid al-Aqsa pada waktu tertentu, yang sekian lama dibantah dunia Islam.