9 OKT: Kadar kes positif baharu COVID-19 kini semakin menurun dengan jumlah kes harian dicatatkan hari ini adalah di bawah 9,000 kes iaitu 8,743 kes dalam tempoh 24 jam lalu.
Jumlah berkenaan menurun lebih 10 peratus berbanding 9,751 kes yang dicatatkan semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, memaklumkan pertambahan lebih 8,000 kes baharu itu melonjakkan jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 yang direkodkan di negara ini meningkat kepada 2,332,221 kes.
Bagaimanapun, bermula hari ini, media difahamkan data dan maklumat di dalam kenyataan harian Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah akan dikurangkan, sebelum dipindahkan sepenuhnya ke laman web COVIDNOW sebagai sumber rujukan utama.