9 OKT : Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kampung Bambangan, Telupid, Sabah yang dikuatkuasakan pada 27 September lalu ditamatkan esok mengikut jadual.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad, berkata penamatan PKPD di lokaliti berkenaan selepas pihaknya meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai situasi semasa jangkitan COVID-19.
“Setakat hari ini tiada pelaksanaan dan lanjutan PKPD,” katanya menerusi kenyataan hari ini.