Hanya Felda Lembah Klau kena PKPD
11 OKT: Felda Lembah Klau, Mukim Gali, Raub, Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 12 hingga 25 Oktober ini.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) melaporkan hanya lokaliti tersebut dilaksanakan PKPD selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko dan trend jangkitan COVID-19.
Ketua Pengarah MKN, Datuk Rodzi Md Saad berkata, prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD sama seperti yang diumumkan sebelum ini.
“Tiada lokaliti yang dilanjutkan PKPD,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Selain itu, menurut beliau lima lokaliti ditamatkan pada 12 Oktober ini.
“Antaranya ialah Kampung Bakok, Kampung Jambu, Kampung Lalang, Kampung Dollah, Perkampungan Orang Asli Seri Makmur, Tanjung Rambutan, Kinta Perak.
“Di Pahang pula melibatkan Kampung Bukit Serdang, Bera,” ujarnya.