nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Parlimen luluskan pindaan Akta KWAN untuk beli vaksin COVID-19

11 OKT: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) (Pindaan) 2021 (Akta 339) tanpa sebarang pindaan.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun meluluskan usul itu menerusi undi suara menyaksikan lebih suara bersetuju berbanding tidak bersetuju selepas bacaan kali ketiga, sebentar tadi.

Terdahulu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata tindakan kerajaan meminda Akta KWAN  dengan mengambil kira situasi gelombang ketiga penularan pandemik COVID-19 yang bermula sejak akhir tahun 2020.

Beliau berkata kerajaan pada 19 Mac 2021 telah meluluskan cadangan Kementerian Kewangan melalui Ordinan Darurat (KWAN) (Pindaan) 2021, atau Ordinan Darurat KWAN, untuk meminda Seksyen 6 Akta 339.

“Pindaan Seksyen 6 Akta 339 adalah berhubung penggunaan dana KWAN dengan memasukkan perenggan seperti pemerolehan vaksin dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung vaksin bagi suatu wabak apa-apa penyakit berjangkit sebagaimana yang dinyatakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342]”.

TENGKU ZAFRUL

“Namun, penggunaan Ordinan KWAN ini adalah terhad kerana ianya akan terhenti berkuat kuasa apabila habis tempoh 6 bulan selepas proklamasi darurat ditamatkan sekiranya ia tidak diungkai terlebih dahulu. Ini adalah selaras dengan Fasal (7), Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

“Justeru, Kerajaan melalui Rang Undang-Undang KWAN (Pindaan) 2021 berhasrat untuk mengekalkan penggunaan dana KWAN bagi maksud “pemerolehan vaksin, dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengan vaksin bagi suatu wabak apa-apa penyakit berjangkit sebagaimana yang dinyatakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, atau Akta 342,” katanya.

Beliau berkata dana KWAN tidak terangkum dalam Kumpulan Wang Disatukan, penggunaan dana ni akan membantu Kerajaan dalam mengawal kedudukan fiskal negara, sekali gus memberi impak positif kepada kedudukan kewangan negara secara keseluruhan.

Katanya, selain daripada KWAN, negara seperti Norway, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Kanada juga telah menubuhkan suatu Dana Kekayaan Negara hampir serupa dengan dana KWAN, di mana objektifnya adalah keuntungan dari sumber-sumber asli negara generasi terdahulu dapat disalurkan ke dana tersebut, dan seterusnya disimpan untuk dinikmati oleh generasi akan datang.

“Malah, bukan negara kita sahaja yang menggunakan Dana Kekayaan Negara dalam menghadapi pandemik COVID-19.
Banyak negara membangun yang terjejas teruk disebabkan kemerosotan harga pasaran komoditi dan pandemik
COVID-19 telah menggunakan Dana Kekayaan Negara mereka untuk membiayai rangsangan fiskal. Antaranya termasuklah Azerbaijan, Colombia, Chile, Kazakhstan, Mexico dan Peru.

“Seperti yang telah saya sebutkan tadi, objektif KWAN apabila ditubuhkan lebih dari 30 tahun dahulu adalah untuk melindungi “generasi masa depan” melalui simpanan yang telah dibina.

“Izinkan saya menyoal, siapakah lagi “generasi masa depan” itu jika bukan kita? Di saat mengharungi cabaran COVID-19 yang merupakan antara krisis paling getir di dalam sejarah negara kita, program vaksinasi yang berkesan perlu diutamakan bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan negara.

“Malah, saya juga ingin menyatakan bahawa jika tidak digunakan sekarang, bilakah masa yang lebih sesuai untuk menggunakan dana KWAN? Jika Dana KWAN boleh digunakan untuk pembangunan Projek Paya lndah Wetlands, bukankah keperluan untuk menggunakannya bagi program vaksinasi yang dapat menjamin kesejahteraan masa depan bagi generasi akan datang adalah lebih mendesak pada waktu ini?

“Dari segi kemampanan dana untuk jangka masa panjang, kerajaan akan berusaha untuk meningkatkan semula saiz dana KWAN apabila ekonomi telah kembali stabil. Ini termasuklah meningkatkan bilangan penyumbang dengan menggalakkan sumbangan dari syarikat atau pihak berkuasa yang lain, termasuklah syarikat yang terlibat dengan pengeksploitasian petroleum atau sumber menyusut lain seperti yang termaktub dalam Seksyen 5, Akta 339,” katanya.

Katanya, usaha penambahan semula dana KWAN perlu dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak yang berkaitan.

“Komitmen daripada Kerajaan Persekutuan dan negeri untuk turut mengambil bahagian dalam inisiatif bagi meningkatkan dana KWAN amatlah penting, di samping memperkukuhkan tadbir urus untuk memastikan dana KWAN dapat melaksanakan peranannya.

“Oleh itu, saya memohon pertimbangan Dewan Yang Mulia ini supaya kita sama-sama menimbang tara dan berhemat dalam menggunakan dana ini agar kita juga dapat mewaris dan melipatgandakan hasil simpanan yang sama sebagai bekalan generasi anak-anak kita. Sama-samalah kita memegang amanah bahawa sumber bumi negara adalah juga untuk generasi yang akan datang,” katanya.

Beliau berkata kesimpulannya, penggunaan dana KWAN melalui peruntukan Rang Undang-Undang KWAN (Pindaan) 2021 dilihat adalah penting kerana langkah ini dapat mempergiatkan usaha kerajaan dalam melindungi kesejahteraan rakyat dan mempercepatkan proses pemulihan ekonomi yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

“Semoga kesiapsiagaan Kerajaan dalam mempercepatkan proses pemerolehan vaksin ini dapat membantu negara membuka semula ekonomi dengan lebih selamat agar rakyat dapat menjalani kehidupan norma baharu dengan lebih
bersedia,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.