11 OKT: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan sudah bernikah dengan pelakon dan penyanyi, Erra Fazira.
“Tidak..tidak. Saya nafikan. Dengan kawan-kawan pun saya dah nafikan (sudah berkahwin),” kata Ahli Parlimen Tambun itu kepada PNBBC Portal, hari ini
Beliau yang juga Timbalan Presiden BERSATU berkata, apa yang viral di media sosial mendakwa beliau sudah berkahwin adalah tidak benar.
“Kesihan kepada emak mentua saya,” katanya tanpa mengulas maksudnya.
Kisah Ahmad Faizal atau dikenali Peja sudah berkahwin dengan Erra Fazira heboh diperkatakan sejak beberapa minggu lalu dan kembali hangat hari ini.
Ini susulan beberapa media sosial kembali mengaitkan cerita Erra Fazira menjadi isteri kepada Peja dan pelbagai respons netizen termasuk mendoakan mereka berdua dan menitip ucapan tahniah .
Desas-desus tersebut dibangkitkan seorang pengguna Twitter, abam_kumis yang mendakwa pelakon itu kini bergelar isteri kedua menteri berkenaan.
“Dengar khabar, Erra Fazira sudah menjadi isteri kedua kepada seorang ahli politik. Isteri pertama tahu tidak?” tulisnya.
Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 47, sebelum ini sudah tampil menjawab dakwaan tersebut menerusi satu perkongsian di Instagram baru-baru ini.
“Tak habis-habis cerita pasal kahwin.
“Orang suka bercakap, biar mereka seronok melakukannya,” tulis pelakon Maria Mariana dan Gerak Khas.