12 OKT : Kes harian COVID-19 terus berada di bawah paras angka 8,000 apabila sebanyak 7,276 jangkitan baharu dilaporkan hari ini.
Berita Yang Berkaitan
Bagaimanapun kes baharu hari ini mencatat sedikit kenaikan berbanding 6,709 kes baharu direkodkan semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, angka kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan 2,353,579 kes COVID-19 di Malaysia, setakat ini.