nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Selain nota bantahan, ATM konsisten jaga rantau Asia

12 OKT : Ahli Parlimen PH Kulim Bandar Bharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hanya mampu terdiam selepas menerima jawapan daripada Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkenaan pencerobohan negara China di dalam perairan Malaysia serta isu berkaitan pembentukan kerjasama tiga hala negara yang dikenali sebagai AUKUS.

Pada mulanya, Saifuddin ketika bertanyakan soalan tambahan kepada Hishamuddin mempersoalkan tindakan Malaysia yang hanya mampu menghantar demo bantahan terhadap tindakan China yang telah menceroboh kawasan penangkapan ikan dan Petronas milik Malaysia.

Beliau juga turut ingin mengetahui apakah langkah terbaik yang dilaksanakan Malaysia bersama Perhimpunan Bangsa-Bangsa Asia Tenggara (ASEAN) dalam menangani isu AUKUS yang boleh menjejaskan wilayah perairan Malaysia.

Namun, Hishamuddin dengan dengan memaklumkan selain menghantar nota bantahan, tindakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa konsisten dan berpegang kepada prinsip menjaga hubungan Malaysia dengan mana-mana negara dalam pelbagai hala dan memastikan tidak mencemarkan kedaulatan dan meletakkan negara dalam keadaan berisiko.

“Ini merupakan satu teras di bawah ATM yang kita letak banyak tumpuan iaitu teras diplomasi pertahanan dan akan meneliti serta mengikuti perkembangan terkini dan saya percaya bahawa penghormatan-penghormatan yang diberikan kepada negara kita mampu sedikit sebanyak memberi jaminan.

“Kita boleh memainkan peranan sama ada secara literal dan multiliteral atau dengan kuasa-kuasa besar. Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) dalam beberapa minggu ini meraikan 50 tahun kewujudannya dan ini akan diraikan dan kita akan jayakan di Malaysia sebagai tuan rumah,” katanya di persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Hishamuddin memaklumkan Malaysia akan memastikan rantau Asia Tenggara beradaa dalam keadaan stabil dan negara berada dalam posisi yang cukup strategik dalam menghadapi pertimbangan kuasa-kuasa besar khususnya China dan Amerika Syarikat (AS).

“Kerana itu, persefahaman ASEAN akan membantu kita berdepan dengan kedua-dua kuasa besar ini. Kalau secara individu kekuatan ketenteraan kita terhadap China dan AS sukar namun 10 negara dalam rantau yang cukup strategik ini amat penting untuk kita berdepan dua kuasa besar ini secara dekat.

“Namun, solidariti ASEAn ini tidak boleh berpecah, Jadi, bila ditanya apa end game ASEAN, ini bergantung menerusi Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) pada bulan hadapan dan InsyaAllah, kita akan dapat satu pendirian bersama yang jelas nanti dalam membantu kita dengan kuasa-kuasa besar ini,”katanya.

Nizar Zakaria

Terdahulu, mengulas berkenaan ADMM ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen BN Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria sama ada Malaysia akan memanfaatkan kerjasama pertahanan di peringkat ASEAN berhubung isu AUKUS, Hishamuddin menjelaskan 

ADMM dijangka membincangkan dan menyimpulkan pendirian pertubuhan negara serantau Asia Tenggara berhubung kerjasama tiga hala Australia, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) atau (AUKUS).

Beliau berkata, mesyuarat membabitkan 10 menteri pertahanan negara ASEAN dan dipengerusikan Brunei itu diharap dapat mencari persefahaman serantau terhadap isu AUKUS.

“Bulan depan ada ADMM dipengerusikan Brunei dan ini menjadi platform penting mengukuhkan kerjasama pertahanan di peringkat serantau. Pada masa sama, saya pasti AUKUS akan dibincangkan dengan harapan ia dapat mengukuhkan kesefahaman antara anggota ASEAN dalam pendirian terhadap perkara ini.

“Jadi, usaha secara dua hala telahpun saya usahakan dan akan berterusan, tetapi kita berpeluang pada ADMM di mana 10 menteri pertahanan ini akan berkumpul dan memikirkan kalau kita dapat bersetuju kepada satu pendirian bersama,” katanya  – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.