13 OKT : Bursa Malaysia mencatatkan dagangan tinggi pada awal urus niaga pagi Rabu, meneruskan kenaikan untuk hari ketujuh berturut-turut selepas dirangsang oleh pembukaan semula lebih banyak aktiviti ekonomi.
Pada 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran meningkat 3.21 mata kepada 1,587.12 berbanding 1,583.91 pada penutupan petang Selasa.
Indeks utama dibuka 1.04 mata lebih rendah pada 1,582.87.
Pergerakan harga di pasaran positif, menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 257 berbalas 222, manakala 346 kaunter tidak berubah, 1,454 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.
Jumlah dagangan ialah 507.90 juta unit bernilai RM250.27 juta.
Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, meskipun Wall Street mempamerkan prestasi semalaman yang lemah, bursa tempatan masih kekal yakin dengan prospek dalam tempoh terdekat dan bergerak menghampiri paras psikologi 1,600.
Dow menguncup 0.3 peratus selepas Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengurangkan unjuran pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat kepada 6.0 peratus pada 2021 daripada jangkaan awal 7.0 peratus.
Saham berwajaran tinggi, Maybank meningkat sembilan sen kepada RM8.32, Public Bank menokok dua sen kepada RM4.18, MISC menambah lapan sen kepada RM6.98, MR D.I.Y lebih tinggi sebanyak lima sen kepada RM3.71 dan IHH mengembang tiga sen kepada RM6.73.
Sementara itu, Maxis, Telekom Malaysia dan Digi mencatatkan kerugian, masing-masing menyusut tiga sen, enam sen dan dua sen kepada RM4.65, RM5.90 dan RM4.33.
Hartalega jatuh enam sen kepada RM5.91 dan Top Glove pula dua sen lebih rendah pada RM2.81.
Bagi kaunter aktif, Sarawak Consolidated naik satu sen kepada 51.5 sen, Serba Dinamik turun setengah sen kepada 41 sen dan NWP Holdings meningkat 1.5 sen kepada 30.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 12.49 mata pada 11,665.14 dan Indeks FBMT 100 meraih 15.65 mata kepada 11,308.76.
Indeks FBM Emas Syariah menguncup 9.20 mata kepada 12,739.11, FBM 70 turun 7.26 mata pada 15,240.25, dan FBM ACE merosot 1.70 mata kepada 7,188.48.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 83.81 mata kepada 15,626.61, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.03 mata ke 210.98, dan Indeks Perladangan turun 8.16 mata kepada 6,995.95