nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan ambil langkah ke arah meratifikasi RCEP

13 OKT: Kerajaan kini sedang mengambil langkah-langkah ke arah meratifikasi Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) pada masa depan.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lim Ban Hong, berkata bagi melengkapkan proses ratifikasi tersebut, tiga akta perlu dipinda iaitu Akta Paten 1983 (Patents Act 1983), Akta Hak Cipta 1987 (Copyright Act 1987) dan Akta Cap Dagangan 2019 (Trademarks Act 2019) yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Beliau berkata langkah berkenaan adalah perlu bagi memastikan ketiga-tiga akta tersebut adalah sejajar dengan obligasi dan komitmen Malaysia di bawah Perjanjian RCEP.

Terkini, MITI telah dimaklumkan oleh pihak KPDNHEP bahawa draf pindaan bagi kesemua Akta ini sedang diperhalusi oleh Jabatan Peguam Negara dan dijangka akan dibentangkan di Mesyuarat Parlimen, pada akhir tahun ini.

Pada 15 November 2020, Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau atau dengan izin, Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) telah ditandatangani oleh 15 negara merangkumi sepuluh (10) buah negara anggota ASEAN dan lima Rakan Dialog ASEAN iaitu Australia, Republik Rakyat China, Korea, Jepun dan New Zealand.

“Perjanjian RCEP hanya akan berkuatkuasa apabila sekurang-kurangnya enam negara anggota ASEAN dan tiga (3) Rakan Dialog meratifikasi Perjanjian tersebut.

“Hingga kini, China, Jepun dan Singapura telahpun meratifikasi RCEP dan adalah dijangka Perjanjian ini akan mula berkuatkuasa pada Januari 2022,” katanya ketika menjawab soalan di sesi jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Datuk Lim Ban Hong

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dibangkitkan oleh Senator Lim Hui Ying yang minta MITI menyatakan maklumat terkini berkaitan ratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan RCEP dan adakah kerajaan berhasrat untuk meneruskan rundingan tersebut pada ketika ini.

Mengulas lanjut, Ban Hong berkata  CPTPP adalah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) di antara 11 negara anggota di rantau Asia Pasifik termasuk Malaysia yang telah ditandatangani pada 8 Mac 2018.

Beliau berkata Perjanjian CPTPP telahpun mula berkuatkuasa secara berperingkat sejak Disember 2018 bagi Australia, Kanada, Jepun, Mexico, New Zealand, Singapura, Vietnam dan Peru.

Katanya, baki tiga negara anggota, iaitu Brunei Darussalam, Chile dan Malaysia masih belum meratifikasi dan menguatkuasakan Perjanjian CPTPP ini.

Justeru, kerajaan telah mempergiatkan usaha bagi melengkapkan pindaan ke atas Akta-akta yang berkaitan, bagi membolehkan Malaysia meratifikasi Perjanjian CPTPP.

Setakat ini, sebanyak enam akta telah diluluskan di Parlimen manakala baki lapan akta yang masih perlu dipinda dan diluluskan di Parlimen.

Antara akta berkenaan termasuk seperti  Akta Kerja 1955; Akta Kesatuan Sekerja 1959; Ordinan Buruh (Sabah Bab 67); Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76); Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Akta Petunjuk Geografi 2000; Akta Paten 1983; iii. Akta Hak Cipta 1987), manakala di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia ialah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.