nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pelan induk OSHMP25 garis tujuh teras strategik

13 OKT: Kerajaan hari ini melancarkan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2021-2025 (OSHMP25) yang dirangka bertujuan menerapkan nilai inklusif bagi menggalakkan penyertaan semua pihak dalam mentransformasikan sistem keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,  berkata, pelan induk jangka sederhana selama lima tahun itu adalah kesinambungan pelan yang sama sebelum ini dengan menggariskan tujuh teras strategik yang menjadi pemacu kepada pembentukan ‘Budaya Kerja Selamat dan Sihat’ dan membantu meningkatkan Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia.

Beliau berkata, tujuh teras tersebut adalah pemerkasaan KKP di sektor awam, pengukuhan amalan peraturan kendiri di tempat kerja, penggalakan pendidikan dan penyelidikan KKP; pemerkasaan kesihatan pekerjaan dan peningkatan pematuhan KKP di sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Teras berikutnya ialah Pemantapan KKP melalui teknologi dan teras terakhir, peningkatan KKP berkaitan jalan raya – Work related Road Safety (WRRS), sektor informal dan pekerjaan masa hadapan (future jobs).

Pelan ini juga akan meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dengan mengurangkan kadar kemalangan, kematian dan  jangkitan penyakit sekali gus membantu usaha kerajaan meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat,” katanya ketika OSHMP25 di Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata pelan berkenaan dirangka setelah mengambil kira senario pekerjaan kini yang telah berubah.

“Hari ini, ruang rumah setiap ahli Keluarga Malaysia sudah menjadi ruang pekerjaan. Begitu juga di kafe, gerai dan restoran.

“Oleh itu, tujuh teras strategik yang mengamalkan budaya kerja selamat ini amat mustahak untuk dipatuhi oleh kita semua,” katanya.

Perdana Menteri, berkata kesan langsung akibat pengabaian KKP ini, negara boleh mengalami kerugian sebanyak empat peratus daripada perolehan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setahun.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, apa yang lebih diutamakan kerajaan ialah untuk mengelakkan kehilangan nyawa ahli Keluarga Malaysia.

“Setiap daripada kita perlu melaksanakan tanggungjawab dan peranan masing-masing bagi memastikan kejayaan Pelan Induk ini, selaras dengan tema OSHMP25: KKP Inklusif-Kebersamaan dan Komitmen.

“Komitmen semua pihak termasuk kerajaan, majikan dan pekerja adalah sangat diharapkan bagi memastikan misi memartabatkan KKP di negara ini terlaksana dengan jayanya,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.