13 OKT: Ladang Bera Selatan 5 dan 7 di Bera, Pahang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 6 Oktober lalu akan ditamatkan esok.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, berkata PKPD di lokaliti itu ditamatkan lima hari lebih awal dari tarikh dijadualkan iaitu 19 Oktober ini.
“Keputusan itu dibuat selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai situasi semasa jangkitan COVID-19 di lokaliti terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau turut memaklumkan tiada sebarang PKPD akan dilaksanakan atau pelanjutan tempoh PKPD diumumkan pada hari ini.