13 OKT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat izin daripada Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk mendakwa seorang Ahli Parlimen pembangkang esok kerana dipercayai terbabit dengan kes rasuah.
Menurut sumber Ahli Parlimen pembangkang dari Sabah itu akan dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah, Kuala Lumpur, pada jam 9 pagi.
Ahli Parlimen pembangkang berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM kerana menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah, sama ada untuk dirinya, saudara atau sekutu.
Berikutan itu, wartawan PNBBC masih cuba mendapatkan info tambahan dari SPRM mengenai jumlah dan jenis pertuduhan bakal dikenakan terhadap Ahli Parlimen terbabit.