nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Gelembung Pelancongan Domestik Beri Impak Positif Ekonomi Setempat

14 OKT: Projek Rintis Gelembung Pelancongan Domestik berjaya menarik lebih 85,000 pelancong tempatan melancong ke Pulau Langkawi, mulai 16 September hingga 12 Oktober lalu.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Syukri, berkata setakat 12 Oktober 2021, seramai lebih 58,000 pengunjung telah tiba melalui pintu masuk udara iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Manakala lebih 27,000 pengunjung lagi telah tiba di Langkawi melalui pintu masuk laut, menjadikan jumlah keseluruhan

pelancong yang mengembara menggunakan gelembung pelancongan ini semasa tempoh tersebut adalah seramai 85,921 orang pengunjung.

Nancy berkata kehadiran pelancong ini semestinya telah memberi kesan domino kepada industri penerbangan, feri dan premis penginapan pelancong.

“Berdasarkan maklum balas yang diterima daripada Persatuan Hotel Malaysia (MAH), kadar purata penginapan di premis penginapan pelancong ahli MAH di Langkawi bagi tempoh 7 hari pertama bulan Oktober 2021 adalah 45 peratus bagi premis penginapan pelancong bertaraf 4 hingga 5 bintang dan 21 peratus bagi premis penginapan pelancong bertaraf 3 bintang dan ke bawah.

“Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBHA) pula melaporkan kadar purata penginapan bagi premis-premis penginapan pelancong ahli-ahlinya adalah 15 peratus,” katanya ketika menjawab soalan di sesi jawab lisan di Parlimen hari ini.

Datuk Seri Nancy Shukri

Mengulas lanjut, Nancy berkata sektor rantaian industri pelancongan lain seperti sektor makanan dan minuman, serta juga peruncitan, sudah pasti turut menikmati kesan gandaan yang dijana oleh aktiviti pelancongan ini.

“Dalam lawatan kerja saya ke sana 4 hari yang lalu, saya sendiri telah berpeluang melihat bagaimana Pantai Chenang, salah satu destinasi tumpuan di Langkawi, kembali sibuk dan ceria dengan kehadiran ramai pengunjung dan pelancong.

“Ini sangat berbeza dengan keadaan gambar-gambar yang tular sebelum ini yang menunjukkan kedai-kedai makan dan peruncitan ditutupdan keadaan sunyi tanpa kehadiran pengunjung sebelum pembukaan semula aktiviti pelancongan di Langkawi. Alhamdulillah, ini satu perkembangan yang baik,” katanya.

Nancy berkata secara amnya, kegiatan aktiviti pelancongan yang kembali aktif telah memberi impak positif bukan sahaja kepada entiti perniagaan pelancongan semata-mata, malah limpahan ekonomi hasil daripada aktiviti ini turut membawa perkembangan yang baik kepada masyarakat setempat.

“Dalam menjayakan inisiatif projek rintis ini, Prosedur Operasi Standard (SOP) Gelembung Pelancongan Langkawi telah dibangunkan agar kita dapat mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19 di kalangan pelancong dan juga penduduk tempatan Langkawi.

“Ini dilaksanakan bagi menggalas cabaran yang paling besar dalam inisiatif ini, iaitu untuk memastikan Gelembung Pelancongan ini kekal “hijau” dan Langkawi kekal sebagai destinasi yang selamat untuk dikunjungi,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.