14 OKT: Senator Datuk Paul Igai bakal mempengerusikan persidangan Dewan Negara semasa ketidakhadiran Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad.
Usul berkenaan dikemukakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi itu disokong oleh Senator Muhammad Zahid Md Arip dan disetujukan selepas menyaksikan lebih suara bersetuju berbanding tidak bersetuju.
“Mengikut Peraturan Mesyuarat 6(1) dan dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 6(3) saya mohon mencadangkan agar Senator Datuk Paul Igai mempengerusikan majlis mesyuarat Dewan Negara semasa ketidakhadiran Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara pada sesi ini,” kata Nanta.
Beliau berkata demikian ketika mengemukakan usul tersebut sebelum sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Negara di sini hari ini.