14 OKT: Dua lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Lipis, Pahang akan ditamatkan bermula tengah malam ini.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, berkata kawasan itu terletak di Ladang FELDA Kechau 9, Mukim Kechau yang telah dilaksanakan bermula 2 Oktober lalu akan ditamatkan mengikut tarikh dijadualkan, esok.
“PKPD Taman Teratai, Mukim Budu yang juga dilaksanakan 2 Oktober lalu turut ditamatkan esok.
“Keputusan itu setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan mengenai situasi semasa COVID-19 di dua lokaliti terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sementara itu, katanya tiada PKPD dilaksanakan atau dilanjutkan di mana-mana lokaliti, hari ini