15 OKT: Melaka dan Lembah Klang akan beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN), berkuat kuasa Isnin ini selepas mendapat persetujuan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik, hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah pula akan beralih ke Fasa 3 mulai tarikh sama.
Menurut beliau, keputusan itu dicapai hasil mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik hari ini.
“Peralihan fasa ini mengikut garis panduan yang ditetapkan PPN dan peratusan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa.
“Dengan peralihan fasa bagi negeri yang dinyatakan, Malaysia secara keseluruhannya kini beralih ke Fasa 3,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.