16 OKT: Sebanyak 7,509 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan sepanjang 24 jam lalu sehingga jam 12 tengah hari tadi.
Angka itu juga ada menunjukkan sedikit peningkatan berbanding semalam iaitu 7,420 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes ketika ini sebanyak 2,384,542 kes.
Sejak 9 Oktober lalu, Kementerian Kesihatan hanya mengeluarkan pecahan kes baharu mengikut negeri pada keesokan harinya melalui portal CovidNow.
Pecahan kes mengikut negeri bagi semalam di mana 7,420 kes baharu dilaporkan, Selangor merekodkan kes tertinggi iaitu Selangor (1,163) diikuti Sarawak (1,009) dan Kelantan (838).
Manakala Johor (787) diikuti Sabah (720), Pulau Pinang (539), Kedah (428), Terengganu (426), Pahang (356), Perak (302), Melaka (289), Kuala Lumpur (265)
dan Negeri Sembilan (199).
Dua negeri mencatatkan jangkitan kes dua angka iaitu Perlis Perlis (54) dan Putrajaya (39) manakala Labuan hanya mencatatkan enam kes.
Semalam menunjukkan sedikit peningkatan di Negeri Sembilan dan Putrajaya di mana jangkitan baharu yang tertinggi dalam seminggu tetapi masih lebih baik berbanding tahap tertinggi sebelumnya.
Selangor dan Sarawak kekal menjadi negeri yang merekodkan kes jangkitan tertinggi.