16 OKT: Bekalan air di lapan wilayah yang terjejas berikutan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1), pulih sepenuhnya, hari ini.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan, ia membabitkan 998 kawasan di wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.
“Air Selangor ingin mengucapkan terima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama sepanjang tempoh gangguan bekalan ini.
“Rujuk semua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.
“Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre di laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Gangguan bekalan air di kawasan berkenaan bermula 13 Oktober lalu.