16 OKT: Sebanyak 89 kes kematian COVID-19 dilaporkan semalam dengan 19 kes membabitkan kematian di luar hospital (BID).
Menurut perincian dikeluarkan GitHub, angka terkini itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara kini mencecah 27,770.
Sarawak mencatatkan kes kematian tertinggi iaitu sebanyak 15, diikuti Kelantan (14), Perak (13), Penang (9), Pahang (8), Selangor (7), Johor (6), Sabah (5), Kuala Lumpur (4), Kedah (3) dan Perlis (3), serta Negeri Sembilan (2).
Tiada kes kematian dilaporkan di Melaka, Terengganu, Labuan and Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 97,505 kes aktif dicatatkan termasuk 700 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selain 364 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 11,413 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 2,377,033.