17 OKT: Kadar jangkitan kes baharu COVID-19 di Malaysia terus menurun dengan 6,145 kes dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.
Jumlah berkenaan adalah angka terendah yang direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jangkitan harian terendah dalam tempoh lebih tiga bulan lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes COVID-19 yang dikesan di Malaysia adalah 2,390,687 kes.
Sebelum ini, KKM melaporkan angka terendah dicatatkan ialah 6,045 kes jangkitan baharu COVID-19, pada 4 Julai lalu.
Maklumat terperinci dimuat naik ke laman COVIDNOW: covidnow.moh.gov.my