nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Penubuhan parti baharu bukti demokrasi subur di Malaysia

17 OKT: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menegaskan tindakan abang kandungnya Kamarazaman Yaakob, menubuhkan parti baharu dikenali sebagai Parti Kuasa Rakyat, menunjukkan prinsip demokrasi subur di Malaysia.

Malah, Ismail Sabri berkata tindakan seumpama itu bukan perkara baharu dan memperlihatkan budaya politik matang diamalkan di negara ini.

Perdana Menteri berkata, perkara tersebut menggambarkan keunikan dan kelebihan di negara ini yang betul-betul mengamalkan prinsip demokrasi.

“Bagi saya itu terserah kepadanya, ia satu demokrasi dalam negara kita dan bukan perkara baharu, satu keluarga menyertai pelbagai politik.

“Kita juga perlu matang dalam berpolitik,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Upacara Pemakaian Pangkat Ketua Polis Daerah Bera dan Timbalan Ketua Polis Daerah Bera di Dewan Sri Kempas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera, di sini hari ini.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Parti Penaja Kuasa Rakyat yang diasaskan oleh Kamarazaman secara rasminya dilancarkan di The Diplomat, di Kuala Lumpur pada 10 Oktober lalu.

Pelancaran parti itu sekali gus menambahkan satu lagi parti politik yang berbilang kaum di negara ini namun berpaksikan kepada konsep Nasionalisme Marhaenisme yang memperjuangkan nasib rakyat terutama dalam kalangan golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) serta anak muda.

Presidennya, Kamarazaman berkata, parti itu akan bersuara, bergerak dan berjuang dalam menuntut hak-hak dan keperluan golongan berkenaan dan anak muda selain menumpukan kepada pendidikan percuma, menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kesihatan percuma, perumahan, peluang pekerjaan, petani, kelestarian alam sekitar dan membebaskan rakyat daripada cengkaman ‘orang tengah dan modal kaum’.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, Kamarazaman juga pernah bertanding atas tiket Semangat 46 dalam Pilihan Raya Umum 1990 berdepan dengan pemimpin UMNO, Tan Sri Sabbaruddin Chik di Parlimen Temerloh.

Nama Kamarazaman tidak asing sebagai pendukung Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya dari 1972 ke 1974 bersama-sama aktivis lain.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.