18 OKT: Sebanyak 93.8 peratus atau 21,960,911 populasi dewasa di Malaysia lengkap menerima vaksin COVID-19 setakat jam 11.59 malam tadi.
Menurut data Kementerian Kesihatan di portal CovidNow sebanyak 97.2 peratus populasi dewasa atau 22,745,310 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Pada masa sama sebanyak 2,662 dos penggalak diberikan kepada kumpulan sasar menjadikan jumlah keseluruhan dos penggalak kini 21,477.
Jumlah dos vaksin diberikan melibatkan golongan dewasa dan remaja pula ialah 134,180 yang menjadikan kumulatif dos vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Februari lepas meningkat kepada 47,838,886.
Bagi kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, 806,330 individu atau 25.6 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin, manakala 2,463,207 individu atau 78.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK bagi golongan itu yang bermula sejak 8 September lepas.