nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ketua jabatan boleh arah pegawai kerajaan lengkapkan dos vaksin

18 OKT : Ketua jabatan boleh mengarahkan pegawai kerajaan untuk mendapatkan dos vaksin lengkap pada atau selepas 1 November ini.

Mana-mana pegawai yang gagal mematuhi arahan berkenaan boleh menyebabkan dikenakan tindakan tatatertib atau ditamatkan perkhidmatan.

Arahan tersebut berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2021  yang ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Ab Rahman hari ini.

Menurut pekeliling itu, pegawai juga boleh diarahkan ketua jabatan untuk membuat pemeriksaan kesihatan dengan pengamal perubatan berdaftar bagi mengesahkan tidak dapat melengkapkan dos imunisasi COVID-19 atas sebab kesihatan.

“Sekiranya pegawai mendapat pengesahan daripada pengamal perubatan berdaftar bahawa tidak layak untuk menerima imunisasi COVID-19 atas sebab kesihatan, pegawai boleh diarahkan ketua jabatan untuk membuat ujian pengesanan COVID-19.

“Pegawai disahkan oleh pengamal perubatan berdaftar bahawa layak untuk menerima imunisasi COVID-19, maka mereka boleh diarahkan ketua jabatan untuk mendapatkan dos imunisasi COVID-19 yang lengkap dengan cara mengemukakan sijil digital vaksinasi COVID-19.

Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman

“Gagal mematuhi mana-mana arahan berkenaan, pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib atau ditamatkan perkhidmatan,” katanya.

Ketua jabatan menurut pekeliling itu,  pada bila-bila masa boleh mengarahkan mana-mana pegawai belum mendapatkan dos imunisasi COVID-19 lengkap untuk membuat pemeriksaan kesihatan bagi menentukan status kesihatan terkini.

Katanya, mana-mana pegawai yang gagal mematuhi arahan itu boleh dikenakan tindakan sama.

“Bagi memastikan pelaksanaan dasar berjalan lancar, ketua jabatan boleh pertimbangkan apa-apa kaedah bersesuaian untuk menguruskan mana-mana pegawai yang tidak mendapatkan atau melengkapkan imunisasi COVID-19 termasuk mengarahkan pegawai untuk membuat ujian pengesanan COVID-19.

“Apa-apa kos berbangkit daripada ujian pengesanan itu hendaklah ditanggung sendiri oleh pegawai. Bagaimanapun, bagi pegawai yang tidak layak untuk menerima imunisasi dari segi perubatan, kos untuk membuat ujian pengesanan akan ditanggung kerajaan,” katanya.

Selain itu, pekeliling itu memberitahu kerajaan menetapkan semua pegawainya melengkapkan vaksin COVID-19 dalam usaha untuk memberikan keyakinan dan jaminan kepada orang awam serta memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat.

Katanya, seorang pegawai tertakluk kepada syarat perkhidmatan selaras Fasal (2) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan.

Pegawai juga terikat dengan Surat Aku Janji yang ditandatangani apabila dilantik ke dalam perkhidmatan awam Persekutuan bawah subperaturan 20(3) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P. U. (A) 1/2012].

“Hendaklah mematuhi, antara lain, apa-apa pekeliling, surat pekeliling, peraturan dan arahan lain yang dikeluarkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa sepanjang perkhidmatan awam.

“Seterusnya, subperaturan 20(8) P.U. (A) 1/2012 memberi kuasa kepada ketua jabatan untuk mengarahkan mana-mana pegawai yang sedang berkhidmat untuk mengemukakan maklumat kesihatan bahawa pegawai sudah mendapatkan dos imunisasi COVID-19 yang lengkap.

“Oleh itu, Pekeliling Perkhidmatan ini dikeluarkan selaras subperaturan 62(2) P.U. (A) 1/2012 yang memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam untuk mengeluarkan panduan bagi menjelaskan pelaksanaan dasar ini,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.