19 OKT: Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 5,745 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan itu menjadikan jumlah individu dijangkiti virus berkenaan ialah 2,401,866 kes.
“Seramai 152,478 individu disaring semalam daripada jumlah itu, sejumlah 5,745 kes dikesan positif COVID-19 iaitu 3.77 peratus kadar positiviti.
“Kesedaran orang ramai adalah amat penting untuk mendapatkan vaksin, patuh pada prosedur operasi standard (SOP) serta jalani ujian saringan menggunakan Kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) secara berkala,” katanya dalam Twitter hari ini.