19 OKT: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 72 kes kematian COVID-19 semalam dengan sembilan kematian di luar hospital (BID), menurut data dikeluarkan GitHub.
Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah angka 27,993.
Johor mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu 18 kes, diikuti Sarawak (13), Kedah (9), Pulau Pinang (7), Sabah (5), Kelantan (4), Perak (3), Terengganu (3) dan Kuala Lumpur (3), Melaka (2), Pahang (2) dan Selangor (2) serta Perlis (1).
Tiada kes kematian dilaporkan di Negeri Sembilan, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 89,173 kes aktif dilaporkan, termasuk 679 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 347 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 8,435 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes COVID-19 direkodkan di negara ini kini mencecah 2,396,121.