19 OKT: Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 9,139 dos penggalak vaksin COVID-19 diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatifnya kini 30,756.
Data menerusi portal COVIDNOW itu turut memaparkan, sebanyak 207,541 suntikan vaksin diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatif kepada 48,046,427 dos membabitkan 167,136 lengkap divaksin dan 31,266 dos satu.
Ini sekali gus menjadikan 22,934,377 atau 70.2 peratus populasi keseluruhan di negara ini lengkap vaksinasi, setakat semalam.
Dalam pada itu, 2,306,254 (7.1 peratus) pula belum lengkap divaksin dan 7,578,180 (23.2 peratus) lagi tiada vaksinasi.
Perkongsian sama turut menyaksikan, seramai 940,960 atau 29.9 peratus populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun lengkap imunisasi, manakala 1,542,733 (49 peratus) belum lengkap vaksinasi dan 663,807 (21.1 peratus) tiada vaksinasi.
Mengenai perkembangan jangkitan COVID-19 pula, 5,434 kes harian dilaporkan, semalam, tanpa kematian baharu.
Sejak COVID-19 melanda negara, jumlah keseluruhan korban telah mencecah 27,993 kes, dengan 5,655 kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).
Kematian itu meliputi 68.6 peratus kes tiada vaksinasi, manakala belum lengkap vaksinasi (21.5 peratus) dan sudah lengkap divaksin (9.9 peratus).
Secara keseluruhan, kadar penggunaan alat bantuan pernafasan di seluruh negara mencecah 40.3 peratus atau 347 kes; kes aktif di unit rawatan rapi (61.5 peratus atau 679 kes); dan pesakit COVID-19 diwadkan (66.8 peratus atau 1,880 kes).