nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Shahidan perjelas isu bendera BERSATU

19 OKT: Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, berharap semua pihak tidak mempolitikkan isu penularan gambar memaparkan bendera Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tergantung di sebuah dewan yang menjadi lokasi mesyuarat Cawangan UMNO dirasmikannya, baru-baru ini.

Shahidan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan menjelaskan sebenarnya bendera berkenaan sudah lama dipasang di pekarangan dewan berkenaan sempena lawatan kerja sehari Tan Sri Muhyiddin semasa menjadi Perdana Menteri, pada 5 Mac lalu.

Bagaimanapun, Shahidan menjelaskan pihak pengurusan dewan berkenaan tidak sempat menanggalkannya kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan notis singkat diterima untuk mengadakan mesyuarat UMNO cawangan baru-baru.

Shahidan mengakui bendera BERSATU dan PAS tergantung di dewan tempat berlangsungnya Mesyuarat UMNO Cawangan Arau baru-baru ini adalah benar.

“Saya akui gambar bendera BERSATU yang tergantung di dewan tempat berlangsung Mesyuarat UMNO Cawangan itu memang betul, malah kalau dilihat betul-betul bendera PAS ada di situ.

“Sebenarnya bendera UMNO, PAS dan BERSATU berkenaan sudah lama berada di situ kerana ia digantung sempena lawatan kerja Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin ke sini, pada bulan Mac lalu.

“Jadi isu ini tidak sepatutnya timbul kerana kita tidak sempat menurunkan bendera PAS dan BERSATU berkenaan kerana dewan berkenaan tidak digunakan sesiapapun semasa pelaksanaan PKP.

“Selepas PKP berakhir dan hingga sekarang barulah digunakan semula, jadi kita tidak sempat tanggalkan bendera BERSATU dan PAS berkenaan kerana persiapan untuk persidangan berkenaan dilakukan di saat akhir,” katanya ketika dihubungi wartawan PNBBC di sini, sebentar tadi.

Shahidan berkata demikian ketika mengulas penularan sekeping gambar menunjukkan beliau merakam gambar kenangan di hadapan sebuah dewan yang turut menunjukkan bendera BERSATU berkibar megah di lokasi berlangsung mesyuarat cawangan UMNO di Arau.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.