20 OKT: Sebanyak 70.6 peratus atau 23,052,952 populasi negara sudah lengkap vaksinasi setakat tengah malam tadi, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).
Data melalui laman sesawang COVIDNOW menunjukkan, seramai 1,039,689 atau 33.0 peratus remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun di negara ini sudah divaksinasi.
Semalam, sebanyak 134,684 dos vaksin diberikan dengan 118,575 daripadanya adalah dos lengkap, dos penggalak (1,365) dan dos pertama (14,744).
Pada masa sama, sebanyak 106,858 dos diberikan kepada remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun iaitu 8,129 untuk dos pertama dan 98,729 dos lengkap.
Bagi individu berusia 18 tahun ke atas, sebanyak 27,826 dos diberikan membabitkan 1,365 dos penggalak, 6,615 dos pertama dan 19,846 dos lengkap.
Ini menyumbang kepada sejumlah 48,181,111 dos yang sudah diberikan kepada populasi Malaysia, termasuk sebanyak 25,256,025 untuk dos pertama dan 32,121 dos penggalak.
Sementara itu, sebanyak 69 kematian akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi dengan 11 daripada kematian itu membabitkan kes meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan (BID).
Bilangan kematian yang direkodkan semalam menyumbang kepada 28,062 kematian akibat COVID-19 di negara ini, setakat tengah malam semalam.
Daripada jumlah itu, 22,396 kematian ketika pesakit dirawat di hospital manakala 5,666 membabitkan kes BID.
Selain itu, setakat semalam, KKM turut melaporkan sebanyak 85,916 kes aktif daripada keseluruhan sejumlah 2,396,761 kes positif COVID-19 yang dilaporkan di negara ini.