20 OKT : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kerana berjaya mencipta nama dalam “Malaysia Book of Records” melalui penganjuran program tazkirah 24 jam yang diiktiraf sebagai “Longest Non Stop Live Broadcasting Islamic Talk”.
Menurut beliau, usaha YADIM itu diharap dapat memberi inspirasi kepada pelbagai pihak yang sama-sama mahu melestari gerakan dakwah di Malaysia.
“Alhamdulillah, dalam menyulam rasa kecintaan kepada pemimpin teragung, Nabi Muhammad SAW sempena Maulidur Rasul, YADIM berjaya mencatat rekod melalui program tazkirah 24 jam yang diiktiraf sebagai “Longest Non Stop Live Broadcasting Islamic Talk
“Tahniah YADIM dan kepada semua yang terlibat dalam usaha untuk mencetuskan gelombang dakwah di negara ini,” ujarnya menerusi satu kenyataan yang dimuat naik melalui Facebook rasminya malam ini.