nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Johor, Terengganu beralih Fasa 4 PPN

22 OKT: Johor dan Terengganu menjadi dua negeri baharu beralih dari Fasa 3 ke Fasa 4, Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai Isnin ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 membuat keputusan berkenaan dengan mengambil kira penilaian risiko semasa yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi negeri yang memasuki Fasa 4 adalah sama dengan sebelum ini dan keterangan terkini akan dikemas kini oleh MKN di laman sesawang rasmi www.mkn.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, pada 18 Oktober lalu, Melaka dan Lembah Klang beralih ke Fasa 4 PPN.

ISMAIL SABRI

Pada tarikh sama Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah pula beralih ke Fasa 3.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 dipengerusikannya hari ini juga dimaklumkan bahawa sehingga, semalam, seramai 2,524,156 atau 80.2 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun sudah menerima dos pertama di bawah Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), yang bermula secara rasmi pada 20 September 2021 iaitu kadar ini adalah antara yang terpantas di dunia.

Berikutan itu, Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 hari ini bersetuju supaya kemudahan vaksinasi lengkap untuk golongan dewasa ketika ini turut diperluaskan kepada golongan remaja yang telah divaksinkan lengkap.

“Ini bermakna, syarat vaksinasi lengkap bagi remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun akan dinyatakan dalam semua SOP.

“Bagaimanapun, ia tidak akan dilaksanakan serta-merta. Pihak Kerajaan akan selaraskan kemudahan-kemudahan berkaitan dan memberi golongan remaja ‘grace period’ selama tiga minggu atau sehingga pertengahan bulan November.

“Tempoh ini adalah bagi memastikan kira-kira 80% remaja yang telah menerima dos pertama ketika ini, selesai divaksin lengkap,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.